X

Kindly register in order to view this article
!

Black Panthers ujian karakter sebenar Guardians

Aksi bertenaga pemain ATM Guardians ketika menentang China Great Wall pada aksi Kumpulan B di Studio Iskandar Malaysia, Johor Bahru, semalam. Foto: STL 2019
A
A

PEMAIN-pemain ATM Guardians digesa menampilkan aksi lebih agresif menjelang perlawanan menentang Penang Black Panthers pada saingan Kumpulan B.

Sepak Takraw League (STL) Champions Cup di Studio Iskandar Malaysia, Johor Bahru, petang ini.

Ketua jurulatih ATM Guardians, Aswadi Abdullah berkata, beliau mahu para pemainnya meningkatkan lagi kualiti permainan masing-masing apabila menentang jagoan takraw dari utara tanah air itu.

Menurutnya, beliau melihat secara keseluruhan masih banyak lagi elemen yang boleh diperbaiki para pemain ATM Guardians pada kejohanan kali ini

"Sejujurnya, biarpun gembira tapi saya masih belum berpuas hati dengan aksi dipamerkan regu ATM ketika menumbangkan Indonesia Garuda dan China Great Wall.

"Persembahan para pemain masih belum berada pada tahap yang memuaskan hati saya.

"Biarpun peningkatan itu ada tetapi pada saya para pemain ATM Guardians belum pamerkan belang sebenar mereka," katanya.

ATM Guardians mencatat kemenangan semalam selepas menjinakkan China Great Wall 21-4, 21-11 sekali gus mengekalkan rentak positif ketlika mengalahkan Indonesia Garuda 2-1 kelmarin.

Biarpun begitu Aswadi mengakui menentang juara bertahan itu yang juga pasukan pilihan kejohanan buka tugas mudah.

"Atas kertas Black Panthers adalah pilihan pada saingan kali ini, biarpun begitu saya mahu para pemain ATM Guardians memberikan aksi terbaik mereka dengan elak melakukan kesilapan mudah.

"Dan paling penting para pemain kena fokus dengan menganggap menentang Penang Black Panthers ibarat perlawanan akhir," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!