Lelaki warga asing diberkas main mercun secara berbahaya

Tular video memaparkan sebuah kereta dipandu sambil membakar mercun secara bergerak di sebuah lokasi di pusat bandar Kuala Lumpur pada Ahad.
Tular video memaparkan sebuah kereta dipandu sambil membakar mercun secara bergerak di sebuah lokasi di pusat bandar Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Padah memasang mercun pada kenderaan, seorang lelaki warga asing diberkas setelah dipercayai membakar mercun secara bergerak di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, siasatan dijalankan apabila satu video tular memaparkan sebuah kenderaan didapati dipandu sambil menyalakan mercun di sebuah kawasan rumah kedai.

"Susulan kejadian, polis menahan suspek berumur 31 tahun serta merampas sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak yang digunakan semasa kejadian.

"Semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

"Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian.

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206," katanya.

Pada Ahad, tular video memaparkan sebuah kereta dipandu sambil membakar mercun secara bergerak di sebuah lokasi di pusat bandar Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 14 saat itu menimbulkan kecaman netizen yang rata-ratanya meminta agar pihak berkuasa memberkas pelaku terlibat dalam kejadian.