Polis kesan individu bakar mercun atas jalan

Tangkap layar video tular pada Sabtu. - Foto media sosial
Tangkap layar video tular pada Sabtu. - Foto media sosial
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan individu yang membakar mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, di sini seperti rakaman tular di Facebook, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian dalam video berdurasi 0:54 saat itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 iaitu tindakan sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa dan harta benda.

"Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Justeru, kata beliau, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya berhubung dengan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Inspektor Nur Asma Zafira Mohd Yusop di talian 013-2386281 atau 06-6033222 untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: