MBSA lancar tabung solidariti Palestin

Cheremi (dua kanan) menyempurnakan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin baru-baru ini.
Cheremi (dua kanan) menyempurnakan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat negara itu yang terkesan dengan konflik di Semenanjung Gaza.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Ir Cheremi Tarman baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, tabung itu merupakan inisiatif pihak MBSA untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

"MBSA telah menyalurkan sumbangan permulaan sebanyak RM10,000 untuk tabung tersebut.

"MBSA turut menggalakkan warga kerja MBSA, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di bawah pentadbiran MBSA, dan badan bukan kerajaan (NGO) MBSA untuk membantu memberikan sumbangan bagi Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin ini," katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin mendedahkan angka korban akibat perang antara Israel dan Hamas di Gaza telah melepasi 11,000 mangsa.

Kementerian Kesihatan Palestin negara itu berkata, sejumlah 11,078 mangsa terkorban sejak serangan meletus pada 7 Oktober yang lalu.

Angka korban itu termasuk 4,506 kanak-kanak dibunuh dalam beberapa siri serangan oleh rejim Zionis yang turut menyasarkan hospital.

Artikel Berkaitan: