Geng pecah rumah tumpas, ketua cuba lari panjat bumbung flat

Tindakan suspek memanjat bumbung kediaman flat di Seksyen 20, Shah Alam untuk meloloskan diri gagal selepas diberkas polis pada Sabtu.
Tindakan suspek memanjat bumbung kediaman flat di Seksyen 20, Shah Alam untuk meloloskan diri gagal selepas diberkas polis pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan nekad seorang penjenayah pecah rumah memanjat bumbung perumahan flat di Seksyen 20, di sini untuk meloloskan diri hanya sia-sia selepas berjaya dicekup polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek lelaki tempatan itu berjaya diberkas dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam pada jam 12.03 tengah malam.

Menurutnya, operasi di tempat tinggal suspek ini turut berjaya menahan empat lagi individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita warga Thailand.

"Semasa serbuan dibuat, suspek dipercayai ketua geng pecah rumah ini bertindak melarikan diri dengan memanjat bumbung flat terbabit.

"Suspek utama yang juga teman lelaki kepada wanita Thailand ini berjaya ditangkap dengan bantuan anggota bomba," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, serbuan kediaman suspek turut membawa rampasan dadah dan pelbagai barangan hasil jenayah pecah rumah selain peralatan disyaki diguna untuk kegiatan terbabit.

Katanya, siasatan mendapati geng ini dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan terdapat tiga kes di Shah Alam.

"Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 37 tahun ini juga disahkan positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Artikel Berkaitan:

"Kelima-lima suspek yang mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah ini telah direman selama lima hari sehingga Rabu depan untuk siasatan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sarjan A G Kaszainizan di talian 013-9780282.