Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun

Situasi kawasan yang dinaiki air Kampung Bangi Tambahan pada 5 November lalu. - Foto Bernama.
Situasi kawasan yang dinaiki air Kampung Bangi Tambahan pada 5 November lalu. - Foto Bernama.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Selangor dan Perak menunjukkan perkembangan positif pada Ahad apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu terus menurun pagi ini.

Di SELANGOR, seramai 192 penduduk daripada 49 keluarga masih berada di empat PPS berbanding berbanding 225 orang daripada 58 keluarga yang dilaporkan malam tadi.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan empat PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil di daerah Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.

Di PERAK, jumlah mangsa semakin berkurangan dengan 423 penduduk daripada 127 keluarga berbanding 432 orang daripada 130 keluarga malam tadi yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, 169 orang daripada 52 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 70 orang daripada 24 keluarga.

"Seramai 40 mangsa daripada 11 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus.

"Mangsa banjir di daerah Kerian pula berkurang kepada 87 orang daripada 21 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga masih kekal berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu. - Bernama.

Artikel Berkaitan: