Muda Selangor akur keputusan, tapi kecam pendakwaan terpilih

Syed Saddiq. Kenyataan Muda Selangor.
Syed Saddiq. Kenyataan Muda Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Selangor akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Muda Selangor turut menghormati proses undang-undang, namun mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan politik terpilih untuk kepentingan politik dan mencemarkan nama sesetengah individu.

"Namun, kami akan berdiri teguh bersama Syed Saddiq dan menyokong penuh usaha dan proses rayuan untuk membersihkan nama baik beliau sehingga saat terakhir.

"Kami yakin Yang Berhormat, Syed Saddiq akan diberi peluang untuk pembelaan yang sewajarnya," menurut kenyataan Muda Selangor kepada media pada Jumaat.

Dalam pada itu, menurut kenyataan sama, berikutan pengosongan jawatan Presiden Muda, Muda Selangor mendukung kepimpinan Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya sebagai pemangku jawatan presiden.

"Kami akan bekerja erat dengan beliau bagi memastikan kesinambungan perjuangan dan menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin getir.

"Muda Selangor menyambut baik keputusan Syed Saddiq untuk mengosongkan jawatan presiden untuk menumpukan perhatian untuk membersihkan nama beliau dan juga mengangkat prinsip Muda sebagai parti politik yang berintegriti," katanya.

Tambah kenyataan, Muda Selangor akan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan terus bersuara lantang demi kepentingan Malaysia.

Artikel Berkaitan: