Tindakan Syed Saddiq letak jawatan wajar dipuji

Syed Saddiq (tengah) ketika sidang media selepas keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Bernama
Syed Saddiq (tengah) ketika sidang media selepas keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

TINDAKAN Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) wajar dipuji kerana dilihat lebih mementingan parti berbanding diri sendiri.

Beliau mungkin mahu menjaga imej bersih parti yang dipimpin oleh golongan muda dan tidak dipandang sebagai beban kepada pemimpin lain dalam organisasi berkenaan.

Ia menjadi satu contoh yang perlu ditunjukkan kepada generasi sekarang mengenai tanggungjawab terhadap organisasi selain mengajar perkara yang baik dalam politik supaya menjadi ikutan kepada yang bakal memimpin negara.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan Syed Saddiq didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) pada Khamis.

Sebaik sahaja keputusan mahkamah dikeluarkan, beliau bertanggungjawab untuk terus mengadakan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi parti itu.

Berdasarkan sidang media khas yang dilakukan parti Muda, Syed Saddiq menyatakan bahawa pemimpin dalam sebuah organisasi perlu bersih dan tidak terpalit dengan mana-mana isu yang timbul terutamanya melibatkan imej diri sendiri serta organisasi.

Ketegasan beliau sebelum ini dapat dilihat menerusi langkahnya menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebabkan tindakan kerajaan yang menggugurkan 47 pertuduhan rasuah terhadap timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, beliau memperjuangkan amalan tersebut dan tindakan negatif pemimpin yang perlu diubah bagi mendapatkan keyakinan rakyat terhadap ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan:

Seawal penglibatan Syed Saddiq dalam arena politik, beliau lantang bersuara untuk berjuang dan membela nasib rakyat.

Jadi, pemimpin di negara ini perlu berjiwa besar sekiranya melakukan kesilapan dan mengambil tindakan sama Syed Saddiq.