Pegawai imigresen maut, elak kereta keluar simpang

Seorang pegawai imigresen maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar bahu jalan di Kilometer 36, Jalan Kluang, Batu Pahat pada Khamis.
Seorang pegawai imigresen maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar bahu jalan di Kilometer 36, Jalan Kluang, Batu Pahat pada Khamis.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang pegawai Pejabat Imigresen Kluang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan terjatuh di bahu jalan di Kilometer 36, Jalan Kluang dekat sini pada Khamis.

Kemalangan pada jam 3.50 petang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lalang itu mengakibatkan mangsa, Muhamad Khairi Hamzah yang berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan terbabas semasa cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota di Balai Polis Ayer Hitam menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada orang awam pada jam 4.10 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berasal Kampung Baru Sri Gading di sini yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari Kluang menuju ke Batu Pahat.


Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai terbabas selepas cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang.
Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai terbabas selepas cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang.

"Sampai di tempat kejadian mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di bahu jalan. Akibat kemalangan tersebut, mangsa cedera parah di bahagian muka dan kepala lalu meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, bedah siasat selesai dijalankan pada jam 8.30 malam Khamis dan punca kematian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana saksi awam yang menyaksikan kejadian tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Asma’i Md Yusoff menerusi talian 07- 4327704.