[VIDEO] Penjawat awam Selangor terima bantuan khas dua bulan setengah gaji

A
A
A

SHAH ALAM - Penjawat awam Selangor bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan setengah gaji tahun ini bagi menghargai penglibatan mereka dalam menjayakan kutipan hasil negeri.

Jumlah tersebut termasuk satu bulan dibayar pada 28 Disember ini dan setengah bulan yang akan dibayar pada Februari tahun depan bagi meringankan beban untuk persiapan sesi persekolahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bantuan khas kewangan itu juga termasuk sebulan gaji yang sudah selesai dibayar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Semua penjawat awam Gred tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang di luar daripada tugas hakiki mereka iaitu menguruskan sesuatu majlis. - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Amirudin)
Semua penjawat awam Gred tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang di luar daripada tugas hakiki mereka iaitu menguruskan sesuatu majlis. - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Amirudin)

“Sebagai sebuah bentuk apresiasi dan penghargaan kepada penjawat awam dan mereka yang terlibat bagi menjayakan kutipan hasil kerajaan negeri, saya mengumumkan BKK 2023 kepada semua yang berkhidmat bawah pentadbiran kerajaan negeri termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji dibayar oleh kerajaan Persekutuan, bantuan sebanyak dua bulan setengah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 pada Jumaat.

Amirudin turut memaklumkan pemberian BKK dengan bayaran sekurang-kurangnya RM1,000 akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Artikel Berkaitan: