Israel bom kawasan sekitar hospital di Gaza

Penduduk Palestin berkumpul di tapak rumah yang musnah dibom Israel di utara Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS
Penduduk Palestin berkumpul di tapak rumah yang musnah dibom Israel di utara Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS
A
A
A

GAZA - Pesawat Israel mengebom persekitaran Hospital Al-Shifa dan Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di Semenanjung Gaza pada awal Khamis.

Hospital Al-Shifa yang menempatkan ribuan pesakit dan penduduk yang mencari perlindungan di situ, menjadi sasaran peluru berpandu yang dilepaskan berselang-seli oleh pesawat Israel, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Agensi Berita Palestin, WAFA.

Penggunaan serentak suar pencahayaan semasa serangan menyebabkan kawasan persekitaran hospital mengalami kemusnahan, katanya.

Serangan udara berhampiran Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di barat bandar itu, mengorbankan tiga rakyat Palestin dan berpuluh-puluh lagi cedera. - Bernama.

Artikel Berkaitan: