MTL: KPKT arah PBT selenggara perparitan, longkang

Akmal Nasrullah ketika sidang akhbar selepas turun padang melihat status dua projek pembangunan bermasalah' di Pinggiran Putra, di sini pada Khamis.
Akmal Nasrullah ketika sidang akhbar selepas turun padang melihat status dua projek pembangunan bermasalah' di Pinggiran Putra, di sini pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara diarahkan menyelenggara semua sistem perparitan dan longkang di kawasan masing-masing sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 11 November ini dan berakhir Mac tahun depan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pekeliling mengenai kerja-kerja penyelenggaraan itu telah dikeluarkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada PBT di kawasan seliaan masing-masing.

Menurutnya, setiap PBT juga menerima peruntukan bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan terbabit.

Kerja-kerja menyelenggara parit dan longkang giat dilakukan di Perkampungan Sungai Isap di sini, pada Khamis.
Kerja-kerja menyelenggara parit dan longkang giat dilakukan di Perkampungan Sungai Isap di sini, pada Khamis.

"Bagi membuat persiapan musim banjir, perkara ini pun dibawa oleh menteri KPKT yang memberi peringatan kepada semua PBT dan perkara ini perlu diambil serius," pada sidang akhbar di Tanjung Lumpur di sini pada Khamis

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sudah dan sedang dilakukan PBT untuk memastikan sistem perparitan dan longkang diselenggara bagi mengelak kesan banjir sepanjang musim MTL.

Akmal Nasrullah sebelum itu turun padang untuk melihat status dua projek pembangunan bermasalah' di Pinggiran Putra, di sini.

Mengulas lanjut mengenai peruntukan untuk PBT bagi kerja-kerja penyelenggaraan, beliau memberitahu sebanyak RM20 juta disediakan bagi tujuan itu.

Artikel Berkaitan: