'Serba hitam' hadir tanda sokongan kepada Syed Saddiq

Sebahagian penyokong Syed Saddiq berbaju serba hitam hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar itu pada Khamis.
Sebahagian penyokong Syed Saddiq berbaju serba hitam hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar itu pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekumpulan anak muda berbaju serba hitam hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mereka hadir sekitar jam 8.30 pagi sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berusia 30 tahun itu.

Sebahagian mereka membawa plakad menyatakan 'Berani Kerana Benar', 'Solidariti Dengan Syed Saddiq' serta 'Jalan Tegak'.

Nasib Ahli Parlimen Muar itu bakal diketahui hari ini berhubung empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Artikel Berkaitan: