40,000 orang jadi mangsa perang di Gaza

Kawasan selatan Gaza terus dibedil rejim Zionis setelah konflik itu berlarutan selama lebih sebulan. - Foto: AFP
Kawasan selatan Gaza terus dibedil rejim Zionis setelah konflik itu berlarutan selama lebih sebulan. - Foto: AFP
A
A
A

BANDARAYA GAZA - Sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Jurucakap pejabat itu, Salama Marouf pada Selasa berkata, seramai 10,328 orang termasuk 4,237 kanak-kanak, 2,719 wanita dan 631 warga emas terbunuh sejak konflik terbaharu tercetus.

Marouf berkata, hampir 26,000 penduduk Palestin cedera manakala lebih 3,000 orang hilang, lapor Agensi Anadolu.

Antara jenazah mangsa yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Deir Balah, Semenanjung Gaza.
Antara jenazah mangsa yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Deir Balah, Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, jumlah kematian termasuk 1,021 penduduk di Bandaraya Gaza dan utara Semenanjung Gaza yang dipindahkan ke kawasan yang didakwa Israel sebagai selamat di selatan Semenanjung Gaza selain 49 wartawan.

Menurut beliau, seramai 192 kakitangan perubatan dan kesihatan terbunuh, 40 ambulans musnah selain 113 institusi kesihatan rosak teruk manakala 18 hospital dan 40 pusat kesihatan tidak lagi berfungsi.

Marouf menegaskan Israel melakukan sebanyak 1,071 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin...sementara 1.5 juta penduduk hilang tempat tempat tinggal. - Bernama

Artikel Berkaitan: