Ribut Norma ancam kem pelarian Syria di Lubnan

Ribut Norma yang mula melanda hujung minggu lalu.
Ribut Norma yang mula melanda hujung minggu lalu.
A
A
A

BEIRUT - LUBNAN. Banjir, angin kencang dan kejatuhan suhu di Lubnan mengancam kem pelarian Syria di beberapa kawasan negara berkenaan.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) berkata, lebih 50,000 pelarian di kira-kira 850 kem penempatan terjejas akibat Ribut Norma yang mula melanda hujung minggu lalu.

Sejumlah 66 kem pelarian musnah teruk manakala 15 lagi musnah sepenuhnya akibat ribut terbabit yang mendatangkan hujan lebat,salji dan juga angin kencang.

Usaha mengepam keluar air dari kem pelarian termasuk di Bekaa berdepan kesukaran akibat hujan lebat berterusan.

Terdapat sejumlah besar pelarian terpaksa mendapatkan perlindungan di sekolah ataupun masjid berhampiran.

Ketibaan musim sejuk juga mendatangkan risiko kesihatan buat pelarian yang kebanyakannya tidak mempunyai wang untuk membeli baju tebal serta mendapatkan rawatan. - Urdu point.com

Kapsyen: Kem pelarian Syria di Lubnan terjejas berikutan Ribut Norma.

Artikel Berkaitan: