Kanak-kanak terpaksa tahan sakit tersepit celah tangga

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kanak-kanak yang tersepit celah tangga sebuah taman permainan di kawasan perumahan Bandar Tasik Puteri pada Rabu.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kanak-kanak yang tersepit celah tangga sebuah taman permainan di kawasan perumahan Bandar Tasik Puteri pada Rabu.
A
A
A

RAWANG - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih 25 minit apabila badannya tersepit pada tangga taman permainan di kawasan perumahan Bandar Tasik Puteri dekat sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian terbabit pada jam 9.38 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang kemudian digerakkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa merupakan kanak-kanak lelaki berumur lima tahun didapati tersepit pada bahagian tangga di taman permainan berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, anggota bomba bertugas kemudian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan badan mangsa yang tersepit itu.

"Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa menerusi beberapa teknik khas yang dijalankan.

"Mangsa kemudiannya didapati berada dalam keadaan stabil menerusi pemeriksaan awal dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan: