Kes samun berkawan tanpa senjata api meningkat di Melaka

Zainol berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023 di Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka pada malam Selasa.
Zainol berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023 di Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka pada malam Selasa.
A
A
A

MELAKA - Indeks jenayah kes samun berkawan tanpa senjata api di negeri ini merekodkan peningkatan sebanyak 113.4 peratus bermula Januari hingga Oktober tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ia melibatkan peningkatan sebanyak 34 kes iaitu daripada 30 kes kepada 64 kes, manakala kes rogol juga mencatatkan peningkatan sebanyak 10 kes menjadikan jumlah 62 kes.

Menurutnya, selain itu turut mencatatkan peningkatan kes pecah rumah curi sebanyak sembilan kes, curi motosikal 15 kes dan curi kereta dilaporkan sebanyak 22 kes.

"Keseluruhannya, kes jenayah di negeri ini meningkat 2.4 peratus atau 28 kes iaitu daripada 1,149 kes kepada 1,177 kes.

"Dalam tempoh itu juga sebanyak 1,177 kes yang berjaya diselesaikan dan 812 kes lagi masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023 di Kampung Chetti, Gajah Berang di sini pada malam Selasa.

Tambah Zainol, masyarakat juga perlu membantu polis mengurangkan indeks jenayah melalui inisiatif Borang Maklum Balas Balik Kampung terutama pada musim cuti perayaan.

Ujar beliau, langkah itu memudahkan pihak berkuasa melaksanakan pemantauan dan rondaan di kediaman atau premis yang ditinggalkan sepanjang cuti perayaan.

Artikel Berkaitan:

"Mereka boleh mendapatkan borang itu di balai polis berhampiran ataupun menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk pemakluman balik kampung," katanya lagi.