Mat Yat bangga tewaskan penjaga gol kebangsaan Korea Selatan

Akhyar. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Akhyar. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A
A

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid mengakui berbangga apabila dapat menewaskan penjaga gol kebangsaan Korea Selatan, yang juga penjaga gol Ulsan Hyundai pada aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL), di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.

Menurut pemain berusia 24 tahun itu yang mesra disapa Mat Yat, dia juga tidak menyangka dapat menjaringkan gol pada perlawanan tersebut yang sekali gus turut membantu kemenangan skuad Harimau Selatan itu.

“Memang bangga sangat, apa pun, syukur alhamdulillah dapat bantu team (pasukan) dan benda yang saya impikan di luar dan memang tengah berdebar perasaan saya tadi bila dapat score (jaringkan gol).

“Tak sangka ia rezeki saya malam ni. Terima kasih untuk coach (jurulatih) dan semua. Alhamdulillah, kami menang.

“Lagi pun, memang kami target (sasar) untuk menang malam ni, sebab kami duduk (kedudukan) tak selesa sangat setakat ni,” katanya dalam sidang akhbar sejurus tamat perlawanan pada Selasa.

Untuk rekod, sehingga minit ke-86 kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan pemain Ulsan Hyundai, Ataru Esaka pada minit ke-69 bagi memadam kelebihan jaringan pembukaan oleh pemain import JDT, Heberty Fernandes, pada minit ke-44.

Akhyar (tengah), meraikan jaringan ya bersama rakan-rakan sepasukan. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Akhyar (tengah), meraikan jaringan ya bersama rakan-rakan sepasukan. - Foto Facebook Johor Southern Tigers

Bagaimanpun, Akhyar yang masuk selaku pemain gantian pada aksi getir tersebut muncul wira apabila menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan pasukan pada minit ke-86.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai jaringan kemenangannya itu, Akhyar berkata, di sebenarnya cuba membuka ruang agar rakan sepasukan, Arif Aiman Mohd Hanapi dapat menjaringkan gol tersebut.

Namun katanya, dia tidak menyangka rakan sepasukannya itu akan melorongkan semula bola kepadanya bagi menjaringkan gol.

“Pasal gol tu, saya memang terdetik nak buat macam tu...saya pergi tengah dan lari semula untuk side (tepi) dan undur semula bagi mendapatkan bola kerana niat saya untuk bagi Arif (Aiman), shooting (melepaskan rembatan), tapi dia pass (hantar) semula untuk saya dan alhamdulillah saya dapat jaringkan gol.

“Sebelum ini pun saya digelar super sub dan sebelum dimasukkan coach cakap, ‘go! do what you want, you just go!’ itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Akyar berkata, JDT sememangnya menyasarkan tiga mata pada pada aksi berdepan Ulsan Hyundai bagi mengukuhkan kedudukan pasukan dalam saingan Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC, kali ini.

“Tiga mata memang kami target untuk menang malam ni, sebab kami duduk (kedudukan) pun tak selesa sangat sekarang ni.

“Apa yang kami buat malam ni, insyaa-ALLAH kami juga akan buat yang terbaik selepas ini pada perlawanan dengan dengan Kawasaki (Frontale), di gelanggang lawan,” katanya.