Mohd Nassuruddin dilantik Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan

Dari kiri: Mohd Nassaruddin, Mohd Amar dan Mohamed Fadzli
Dari kiri: Mohd Nassaruddin, Mohd Amar dan Mohamed Fadzli
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri berkuat kuasa pada Selasa.

Perkara itu diumumkan Pas Kelantan menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan turut dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri III.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pula dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri II.

Bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob kekal menggalas tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

Wan Roslan Wan Hamat pula dikekalkan sebagai Setiausaha Pas Kelantan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Mohd Asri Mat Daud pula dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas negeri menggantikan Mohd Nassuruddin sebelum ini.

Artikel Berkaitan: