Baru sekali dipentaskan, Teater Dang Anum 'dilamar' ke Indonesia

Pementasan Teater Dang Anum di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Pementasan Teater Dang Anum di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
A
A
A

BIARPUN baru sahaja dipentaskan, teater Dang Anum terbitan Persatuan Seni & Budaya Redholah (The Redholah) telah mendapat tawaran untuk mengadakan jerayawara ke beberapa negeri dalam dan luar negara.

Penerbit dan pengarah, Amirul Haswendy Ashari berkata, tawaran itu muncul daripada kalangan peminat teater yang menghubungi The Redholah dan menyatakan minat untuk membawa naskah ini ke beberapa lokasi terpilih.

“Pada awal mendapat tahu mengenai tawaran itu, pihak persatuan agak terkejut, seperti bermimpi pula!

“Pihak itu menawarkan kerjasama dan tajaan untuk membawa Teater Dang Anum ke beberapa negeri di Semenanjung,” katanya.

Bukan itu sahaja, pihak sama turut mahukan teater Dang Anum dipentaskan di Batam dan Riau, Indonesia.

No Image Caption

Apatah lagi, naskah ini sememangnya sangat dekat dengan masyarakat terutama bangsa Melayu yang tinggal di beberapa kepulauan Melayu seperti Batam dan Riau.

“Setakat ini kami belum bersedia untuk mendedahkan siapa pihak itu kerana masih dalam proses perbincangan, lagi pun kami mahu Teater Dang Anum ini selesai terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

“Jika ada rezeki, tidak mustahil naskah ini akan ‘mengembara’ ke seluruh pelusuk negara termasuk ke negara jiran,” ujar Amirul

Dalam pada itu, Teater Dang Anum yang mula dipentaskan pada Sabtu dan Ahad lalu, berjaya menarik hampir 500 penonton.

Pementasan Teater Dang Anum di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur menampilkan Ain Sufia sebagai Dang Anum, Azizul Ammar sebagai Megat Seri Rama/Laksamana Bentan, Along Eyzendy sebagai Sultan Mahmud dan Adam Shahz sebagai Tun Beja Ali.

Teater Dang Anum turut mendapat permintaan dipentaskan di Batam dan Riau, Indonesia.
Teater Dang Anum turut mendapat permintaan dipentaskan di Batam dan Riau, Indonesia.

Selain itu, pementasan ini turut menampilkan pelakon teater berpengalaman seperti Md. Hussin, Azhar Jalil, AG Hafiz, Shareezwan, Myza Alid, Eyza Shariff, Affan Mohd dan ramai lagi.

Teater Dang Anum adalah projek teater pertama The Redholah di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kolej Seni Kreatif, Pengajian Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Untuk perkembangan lanjut mengenai aktiviti persatuan, sila ikuti laman sosial Instagram, Facebook dan Tiktok The Redholah atau emel ke theredholah@gmail.com/