Banjir Selangor: Mangsa meningkat kepada 647 orang pagi ini

Sebahagian rumah di Kampung Bangi Lama ditenggelami banjir pada Ahad.
Sebahagian rumah di Kampung Bangi Lama ditenggelami banjir pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor meningkat daripada 597 orang pada Isnin kepada 647 orang setakat jam 8.30 pagi Selasa.

Smart Selangor Operation Centre (SSOC) memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 165 keluarga telah dipindahkan berbanding 157 keluarga pada Isnin.

Menurutnya, daerah Petaling menunjukkan peningkatan mangsa banjir dipindahkan di PPS Dewan Serbaguna Camelia MBSJ, Putra Height.

"Seramai 71 mangsa daripada 15 keluarga telah dipindahkan ke PPS itu berbanding hanya 10 mangsa daripada dua keluarga pada malam tadi (Selasa)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

SSOC memaklumkan, sebanyak lapan PPS dibuka di negeri ini berikutan banjir dan satu PPS Dewan Seroja, Kampung Bendahara, Gombak turut beroperasi menempatkan mangsa kebakaran.

Katanya, jumlah mangsa dan keluarga di tujuh lokasi lain sama pada Isnin dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Mangsa banjir turut membantu membersihkan sekitar dewan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil. - Foto Bernama
Mangsa banjir turut membantu membersihkan sekitar dewan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil. - Foto Bernama

Ujar SSOC, tujuh PPS dibuka berikutan banjir membabitkan empat daerah iaitu Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Petaling.

Artikel Berkaitan:

SSOC memberitahu, sebanyak empat PPS dibuka di daerah Sepang iaitu di Dewan Kampung Dato' Ahmad Razali, Dewan Komuniti Taman Gemilang, Dewan MPKK Lampung Jenderam Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil. - Foto Bernama
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil. - Foto Bernama

"Dua PPS dibuka di Hulu Langat iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi dan SK Semenyih manakala satu PPS lagi di Dewan. komuniti Taman Desa Hulu Yam di daerah Hulu Selangor," ujar SSOC.

Bagaimanapun SSOC memaklumkan, jumlah mangsa banjir berubah selepas menerima laporan kemas kini terkini yang diperoleh di setiap PPS.