Pan-gon panggil semula Afiq, Syahmi dan Sumareh

Afiq (kiri) kembali berada dalam skuad Harimau Malaya. FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS
Afiq (kiri) kembali berada dalam skuad Harimau Malaya. FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menyenaraikan semula tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Muhammad Syahmi Safari, Afiq Fazail dan Mohamadou Sumareh bagi mengharungi aksi Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Selain ketiga-tiga pemain itu, pengendali dari Korea Selatan tersebut turut memanggil semula penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan pemain pertahanan, Shahrul Saad untuk menyertai kem latihan pusat yang akan bermula Jumaat ini.

Namun, kelibat Muhamad Feroz Baharudin dan Muhammad Syafiq Ahmad hanya diletakkan dalam senarai 26 pemain jika terdapat perubahan dalam senarai utama.

Sebelum ini, Syafiq menyatakan hasrat untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya selepas meledak dua gol ketika diturunkan menentang Perak pada separuh akir kedua Piala Malaysia baru-baru ini.

Malah, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memberikan nasihat kepada Pan-gon untuk memanggil seberapa ramai pemain dari kelab itu termasuk Syafiq dan Feroz beraksi bersama skuad kebangsaan.

Dalam pada itu, dua tonggak tengah, Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 16 November di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kemudian, mereka akan terbang ke Taipei City bagi perlawanan kedua bertemu Taiwan pada 21 November.

Artikel Berkaitan: