Pertemuan PM Jepun, Malaysia detik bersejarah - Fahmi

Anwar (dua dari kanan) bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan bersama Kishida dan isteri Yuko Kishida (kiri) di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Anwar (dua dari kanan) bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan bersama Kishida dan isteri Yuko Kishida (kiri) di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida hari ini menjadi detik cukup bersejarah kerana bertepatan dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kunjungan Kishida ke Malaysia juga adalah kali pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun pada 2021.

"Pagi tadi saya hadir ke Seri Perdana untuk sama-sama menyambut kehadiran kali pertama Perdana Menteri Jepun ke Malaysia sejak beliau menjadi Perdana Menteri Jepun pada 2021.

"Alhamdulillah, satu memorandum kerjasama (MOC) dalam bidang informasi dan komunikasi antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun dimeterai,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau hari ini.

Anwar (kanan) dan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida (kiri) menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama dalam bidang maklumat dan komunikasi antara Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perhubungan Jepun di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama

Fahmi berkata, hingga Jun 2023, syarikat Jepun telah melaksanakan lebih 2,700 projek di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion.

"Insya-ALLAH kerjasama yang kukuh akan diteruskan dengan rakan dagang keempat terbesar Malaysia ini,” katanya.

Kishida dan delegasinya kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Artikel Berkaitan:

Hari ini, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala.

Anwar (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida selepas sidang media bersama di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Anwar (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida selepas sidang media bersama di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama

Anwar dan Kishida turut menyaksikan pertukaran MOC antara KKD yang diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Fauzi Md Isa dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun yang diwakili Timbalan Menterinya, Hiroshi Yoshida. - Bernama