Satu tindakan biadab

Bersatu
Bersatu
A
A
A

SHAH ALAM - Biro Keselamatan Armada Nasional menyifatkan kenyataan jelek yang dilemparkan segelintir individu kepada Sultan Muhammad V susulan perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dianggap sesuatu yang biadab.

Malah menurut Ketuanya, Mahathir Mohamad Rais, ia juga jelas melanggar batas kesusilaan dan ketimuran serta bertentangan dengan Perlembagaan negara yang kita junjung selama ini.

Justeru beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Media untuk mengenakan tindakan tegas kepada kumpulan orang- orang ini kerana kebiadaban yang telah mereka lakukan.

"Sekiranya dibiarkan ia akan memecahbelahkan kaum, menghapus hormat pada Institusi Raja-raja dan mencabul Perlembagaan yang telah termaktub semenjak penubuhan tanah air yang kita sayangi," katanya dalam atau kenyataan hari ini.

Sebelum ini beberapa individu didapati mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Sultan Muhammad V susulan perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: