[VIDEO] Pemuda UMNO berhimpun bantah tindakan biadab Jocelyn Chia

Pemuda UMNO mengadakan perarakan dan perhimpunan aman sebagai membantah tindakan Jocelyn Chia mengeluarkan kata-kata menyinggung rakyat Malaysia di kedutaan AS, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pemuda UMNO mengadakan perarakan dan perhimpunan aman sebagai membantah tindakan Jocelyn Chia mengeluarkan kata-kata menyinggung rakyat Malaysia di kedutaan AS, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengadakan perarakan dan perhimpunan aman sebagai membantah tindakan bekas warga Singapura, Jocelyn Chia menghina dan mengeluarkan kata-kata menyinggung rakyat Malaysia menerusi persembahan komedi berdiri.

Kumpulan tersebut berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat (AS), Jalan Tun Razak, Taman U Thant, dekat sini bermula jam 2.05 petang.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran Sekretariat Media Pemuda UMNO Malaysia.

Terdahulu, tular di media sosial satu klip video yang memaparkan pelawak wanita itu memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore vs Malaysia' yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Jocelyn bagaimanapun memilih untuk tidak membuat sebarang permohonan maaf di atas lawak yang dibuatnya.

Katanya, tindakan menjadikan tragedi pesawat MH370 sebagai sebahagian daripada bahan lawaknya bukanlah satu kesalahan.

Bagaimanapun akaun Instagram dan Twitternya telah dinyah aktif lewat Rabu malam, mungkin disebabkan oleh banyak laporan yang dibuat oleh netizen Singapura.

Dalam laporan sebelum ini, Kementerian Luar Negeri turut menyifatkan tindakan pelawak tersebut langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa khususnya yang terlibat dalam tragedi kehilangan MH370.

Singapura juga turut tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, beliau sangat terkejut dengan komen-komen menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam sebuah pementasan komedi berdiri baru-baru ini.

Jelasnya, Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan rakyat negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawak melampau: Singapura mohon maaf

Malaysia kecam jenaka keterlaluan pelawak Singapura

Netizen kecam pelawak Singapura jadikan MH370 bahan jenaka

Guna MH370 bahan jenaka adalah keji, jijik - Isteri pramugara

Jenaka MH370: 'Pelawak perlu tahu sensitiviti, empati'

Lawak biadab: Kerajaan serah SKMM, PDRM buat siasatan