Sumbangan besar pembangunan perubatan negara, global

Dr Adeeba dijulang Tokoh Akademik Negara

A
A
A

Dr Adeeba memperlihatkan kejayaannya menerima anugerah Tokoh Akademik Negara sempena AAN ke-15 di Kuala Lumpur pada Selasa.
Dr Adeeba memperlihatkan kejayaannya menerima anugerah Tokoh Akademik Negara sempena AAN ke-15 di Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Anugerah Akademik Negara (AAN) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengiktiraf serta menyanjung sarjana Malaysia yang telah memberi jasa besar dalam bidang ilmu meliputi pengajaran, penemuan, penulisan, penerbitan ilmiah dan kreatif serta pemindahan dan pengembangan ilmu.

Bertepatan dengan pengiktirafan tersebut, AAN ke-15 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa telah menyaksikan Pakar Penyakit Berjangkit Negara, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, 60, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara.

Anugerah tersebut membolehkan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi dan sijil.

Dr Adeeba ketika ditemui menyatakan rasa terharunya serta bersyukur kerana terpilih menerima pengiktirafan yang berprestij itu.

Malah, anak keempat daripada enam adik-beradik itu berharap anugerah yang diterimanya akan menjadi inspirasi kepada ahli-ahli akademik yang lain dalam usaha mencurahkan ilmu, pengalaman bagi melahirkan lebih ramai graduan dan tenaga profesional yang diperlukan negara dalam pelbagai bidang.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli akademik di Universiti Malaya (UM) yang mana saya bertugas selama 26 tahun. Kejayaan ini bukanlah kejayaan saya seorang, tetapi kejayaan kepada semua,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan pada Jumaat sekaligus menjadi bayi pertama dilahirkan di Pusat Bersalin Klinik Kesihatan Tekek selepas fasiliti itu selesai dinaik taraf.
Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan pada Jumaat sekaligus menjadi bayi pertama dilahirkan di Pusat Bersalin Klinik Kesihatan Tekek selepas fasiliti itu selesai dinaik taraf.

Dr Adeeba berkata demikian kepada pemberita selepas majlis AAN ke-15 yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sumbangan Dr Adeeba kepada pembangunan perubatan negara amat besar yang mana beliau merupakan pelopor kepada pengawalan penyakit berjangkit dengan menubuhkan Unit Penyakit Berjangkit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1996 serta Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dalam AIDS (CERiA) di UM pada tahun 2008.

Atas usahanya, CERiA kini menjadi pusat rujukan berkaitan HIV dan AIDS utama di Malaysia. Selain itu, sumbangannya kepada bidang perubatan di peringkat antarabangsa juga signifikan sebagai anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihata Sedunia (WHO) serta Pesuruhjaya Suruhanjaya Global berkaitan Polisi Dadah.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucapan yang dibacakan oleh Mohamed Khaled dalam majlis itu menyatakan harapannya kepada ahli-ahli akademik supaya menghasilkan dapatan ilmu pengetahuan yang mendayakan usaha serta reka cipta rakyat ke arah kemajuan sosial serta budaya lestari.

“Saya percaya, semua itu membawa kelebihan dan potensi yang boleh diadun untuk memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara,” jelas Perdana Menteri.

Info para penerima AAN Ke-15

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal untuk kategori Bidang Sains

-Profesor Madya Dr Tan Jun Jie

-Universiti Sains Malaysia (USM)

Anugerah Penerbitan Buku

-Profesor Dr Shamsul Bahri Abdul Razak

-Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Anugerah Pengajaran Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan

-Profesor Madya Dr Adibah Abdul Latif

-Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Anugerah Pengajaran Kelompok Sains Gunaan

-Dr Norliza Mohd Isa

-Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk

-Ts Dr Mariani Abdul Hamid

-Universiti Teknologi Malaysia (UTM)