Hina Raja Melayu: Ambil tindakan tegas


MOHAMED KHALED
MOHAMED KHALED
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis disaran mengambil tindakan tegas dan efektif terhadap mereka yang memberi komen sinis serta tidak menghormati institusi raja berperlembagaan dan mengganggu gugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu perlu agar rakyat tidak kira bangsa, agama mahupun kecenderungan politik faham, mereka akan tertakluk kepada tindakan undang-undang jika didapati menyindir, merendahkan dan menghina institusi kesultanan Melayu.

“Jika dilihat di negara-negara jiran kita seperti Singapura dan Thailand, apa sahaja bentuk ‘online posting’ mahupun perbuatan yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam akan dicegah lebih awal dengan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Sudah tiba masanya kita menggunakan setiap instrumen undang-undang yang wujud dan mengukuhkan penguatkuasaannya demi mengangkat dan memelihara martabat institusi raja berperlembagaan Malaysia dan ketenteraman bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, saranan itu kerana mutakhir ini pelbagai jenis ungkapan tidak sopan diluahkan di media sosial terhadap Sultan Kelantan dan institusi raja berperlembagaan Malaysia.

Artikel Berkaitan: