JPJ Selangor keluar 678 saman

JPJ Selangor mengeluarkan notis saman dalam Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial.
JPJ Selangor mengeluarkan notis saman dalam Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 678 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial pada Ahad dan Isnin.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, notis saman itu dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

"Kita mendapati kesalahan paling tinggi adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh iaitu sebanyak 83 kesalahan.

"Selain itu, sebanyak 46 kesalahan teknikal dikesan dan 43 kesalahan tiada perlindungan insurans," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Azrin berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

"Sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya.

Artikel Berkaitan: