Mangsa banjir di Perak terus meningkat pagi ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 316 orang daripada 90 keluarga pagi ini, berbanding 312 orang daripada 89 keluarga malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.

"Di Kerian, 86 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, manakala 56 orang daripada 18 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

Terdapat peningkatan mangsa di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak iaitu 174 orang daripada 51 keluarga berbanding 171 mangsa daripada 50 keluarga malam tadi.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong menurun, namun masih berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 4.15 meter berbanding paras normal iaitu dua meter. - Bernam

Artikel Berkaitan: