BMS 2023 capai sasaran perkasa amalan menabung

Tangani hutang pendidikan, ambil manfaat Simpan SSPN

A
A
A

Norliza (dua dari kanan) menyempurnakan Majlis Penutup BMS 2023 dan meraikan Hari Tabungan Sedunia sambil disaksikan Ahmad Dasuki (dua dari kiri) di Sunway Velocity Mall, pada Ahad.
Norliza (dua dari kanan) menyempurnakan Majlis Penutup BMS 2023 dan meraikan Hari Tabungan Sedunia sambil disaksikan Ahmad Dasuki (dua dari kiri) di Sunway Velocity Mall, pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bertemakan ‘Robotik Ke Arah Transformasi Dunia Pendigitalan’ berjaya memupuk minat menabung seawal usia kanak-kanak di samping mengelakkan masyarakat dibebani hutang pendidikan pada masa depan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, program BMS mengetengahkan produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang mampu memberi banyak manfaat kepada orang ramai meliputi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful dan Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak selain pulangan dividen yang kompetitif manakala simpanan orang ramai juga dijamin oleh kerajaan serta patuh syariah.

“Program BMS 2023 telah diadakan secara on ground event dan akan berakhir pada 31 Oktober ini. Misi utama PTPTN adalah memperkasakan amalan menabung bagi mengurangkan

kebergantungan masyarakat kepada pinjaman kewangan supaya anak-anak kita tidak dibebani hutang apabila tamat pengajian kelak,” katanya.

Beiau berkata demikian semasa Majlis Penutup BMS 2023 di Sunway Velocity Mall di sini pada Ahad yang turut disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook dan YouTube PTPTN.

Para pemenang Pertandingan Simpan SSPN Got Talent bersama hadiah wang tunai dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.
Para pemenang Pertandingan Simpan SSPN Got Talent bersama hadiah wang tunai dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid serta Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Datuk Norasni Ayub bersempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 31 Oktober.

Tambah Norliza, setakat 30 September 2023, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima pihaknya adalah sebanyak RM15.94 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 6.11 juta akaun.

Malah, sempena program BMS 2023 katanya, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Pertandingan Action Song Simpan SSPN, PTPTN Esport Challenge (PUBG Mobile), Simpan SSPN Got Talent selain berhibur bersama selebriti jemputan.

Dalam pada itu, Norliza turut memaklumkan PTPTN telah memperkenalkan Modul Kelab Simpanan Pendidikan di bawah Kokurikulum Kelab Kewangan di sekolah rendah yang berteraskan kepada galakkan tabungan demi masa depan.