Laluan perkhidmatan percubaan bas di Kuantan Rabu ini

Bas Rapid akan memperkenalkan laluan perkhidmatan percubaan untuk bandaraya Kuantan pada Rabu ini.
Bas Rapid akan memperkenalkan laluan perkhidmatan percubaan untuk bandaraya Kuantan pada Rabu ini.
A
A
A

KUANTAN - Pengendali perkhidmatan pengangkutan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan memperkenalkan laluan perkhidmatan percubaan untuk Bandaraya Kuantan pada Rabu ini.

Perkhidmatan percubaan laluan T201 (Pusat Bandaraya Kuantan) akan mula beroperasi selama tiga bulan mulai 1 November sehingga 31 Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria berkata, warga Kuantan dijemput menggunakan perkhidmatan T201 ini sebagai mod pengangkutan pilihan utama mereka ke destinasi di sekitar bandar raya ini.

"Kadar tambang yang murah dan menjimatkan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan harian.

"Mereka tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk petrol serta bayaran parkir.

"Dengan menaiki pengangkutan awam, orang ramai juga boleh menyumbang kepada pengurangan pengeluaran gas karbon di Bandaraya Kuantan.

"Jangan tunggu lagi. Jom naik bus pusing-pusing Bandaraya Kuantan!" katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Perkhidmatan ini akan beroperasi pada setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 10 malam dengan kekerapan setiap 10 minit.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, beberapa laluan telah disenarai dan ia akan memudahkan pengguna untuk bergerak di sekitar Bandaraya Kuantan.

Tambahnya, sebagai contoh, perjalanan dari Kuantan Parade ke Hentian Bandar akan mengambil masa 11 minit, manakala dari Hentian Bandar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan akan mengambil masa 25 minit.

"Laluan T201 melibatkan jalan di Hentian Bandar, Kuantan City/East Coast Mall, Padang Besar MBK (Majlis Bandaraya Kuantan), Masjid Negeri Pahang, Menara Kuantan 188 dan Hospital Tengku Ampuan Afzan.

"Seterusnya, bas terbabit turut melalui jalan di MBK, LHDN (Lembaga Hasil dalam Negeri), Kuantan Parade (Pintu Utama dan Jalan Penjara), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan/ Kompleks Teruntum, Maybank Bukit Ubi, UTC Kuantan serta Hentian Bandar," ujarnya.

Ku Jamil berkata, tambang bagi perkhidmatan ini adalah antara 90 sen hingga RM1.70 untuk perjalanan sehala tertakluk kepada lokasi naik dan turun.

Menurutnya, penumpang boleh membayar tambang menggunakan tunai, kad konsesi MyRapid atau kad Touch n' Go.

Di samping itu, katanya, pelaksanaan sistem pembayaran tambang tanpa tunai melalui penggunaan kad Touch n' Go di Rapid Kuantan juga akan diperkenalkan mulai 1 November 2023.

"Ini sejajar dengan usaha Rapid Bus untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Kuantan serta memberi kemudahan kepada para pengguna.

"Untuk maklumat terkini berkenaan perkhidmatan bas Rapid Kuantan, sila layari facebook.com/rapidkuantan," katanya.