Kelantan umum portfolio Exco Rabu ini

Mohd Nassuruddin bersalaman dengan orang ramai semasa hadir menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Masjid Al-Fattah, Mukim Kota di Kota Bharu pada Ahad.
Mohd Nassuruddin bersalaman dengan orang ramai semasa hadir menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Masjid Al-Fattah, Mukim Kota di Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan senarai penuh portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan akan diumumkan pada Rabu ini.

"Senarai tersebut akan disahkan pada mesyuarat kali pertama Rabu ini.

"Selepas itu kita akan umumkan dalam satu sidang media," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Masjid Al-Fattah, Mukim Kota di sini pada Ahad.

Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan Mohd Nassuruddin memberi bayangan portfolio Exco Kerajaan Kelantan mungkin ada perubahan.

Menurut beliau, pihaknya akan memaklumkan perubahan itu dalam masa terdekat.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan seramai lima muka baharu yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dilantik sebagai Ecxo Kerajaan Kelantan pada Selasa.

Mereka ialah Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra) dan Hilmi Abdullah (Guchil).

Buat julung kalinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan rakan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) turut dilantik sebagai Exco iaitu Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor (Air Lanas).

Sementara itu lima Exco lama masih lagi dikekalkan iaitu Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Datuk Dr Izani Husin, Tuan Saripuddin Tuan Ismail serta Wan Roslan Wan Hamat.

Artikel Berkaitan: