Hantar bantuan diesel umpama kerja sabung nyawa

A
A
A

Sukarelawan PASRelief di Palestin berdepan dengan ancaman bom dan bedilan daripada rejim Zionis ketika misi bantuan bekalan diesel untuk kegunaan generator di Gaza.
Sukarelawan PASRelief di Palestin berdepan dengan ancaman bom dan bedilan daripada rejim Zionis ketika misi bantuan bekalan diesel untuk kegunaan generator di Gaza.

SHAH ALAM - Sehingga kini, penduduk Palestin masih terperangkap dalam keadaan memeritkan dan mengerikan serta hanya menunggu masa menjadi mangsa bedilan tanpa henti daripada rejim Zionis.

Menurut maklumat yang disampaikan oleh wakil PASRelief di Palestin, hospital dan kemudahan awam negara itu terus menjadi sasaran, malah bekalan elektrik juga telah diputuskan sehingga menjejaskan operasi di hospital-hospital dalam Gaza.

Jelas Pengerusi PASRelief, Mohd Yusni Mat Piah, penduduk di Gaza kini terpaksa menggunakan generator untuk bantuan bekalan elektrik yang memerlukan bahan bakar seperti diesel.

Sukarelawan PASRelief di sempadan Mesir sedang mengisi diesel dalam tangki untuk dibawa masuk ke Gaza.
Sukarelawan PASRelief di sempadan Mesir sedang mengisi diesel dalam tangki untuk dibawa masuk ke Gaza.

Oleh kerana itu, NGO berkeaan tampil menyumbang bekalan diesel untuk memastikan generator dapat dihidupkan bagi membekalkan tenaga elektrik di Hospital Europe, Gaza City.

Artikel Berkaitan:

“Ketika kerja-kerja penyaluran bantuan bekalan diesel dilaksanakan, sukarelawan PASRelief terdedah kepada sasaran bedilan rejim Zionis, kerana dianggap membekal bahan bakar kepada pejuang.

“Hakikatnya mereka sedang menyelamat ribuan nyawa yang kritikal untuk mendapatkan rawatan di hospital,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.

Biarpun terpaksa bersabung nyawa ketika misi menghantar bekalan diesel ke Gaza, namun pasukan sukarelawan PASRelief tetap bersemangat.
Biarpun terpaksa bersabung nyawa ketika misi menghantar bekalan diesel ke Gaza, namun pasukan sukarelawan PASRelief tetap bersemangat.

Mohd Yusni berkata, keadaan di sana Gaza dan Tebing Barat kini seumpama berada di ambang antara hidup dan mati kerana bekalan elektrik yang terputus di hospital boleh menyebabkan ancaman nyawa kepada pesakit yang kian meningkat termasuk bayi, kanak-kanak dan warga emas.

“Namun, semnagat dan jiwa rakyat Palestin cukup kental. Biarpun serangan demi serangan, sekatan demi sekatan terhadap terhadap, tidak akan mematahkan terhadap mereka.

“Berpegang dan mengambil iktibar daripada keutuhan semangat rakyat Palestin itulah membuatkan PASRelief akan terus giat membantu mereka.

“PASRelief ingin mengajak dan menyeru kepada semua untuk turut menyumbang buat mangsa perang di Palestin,” katanya.