Penduduk Palestin bakar roti tepi jalan untuk terus bertahan

Beberapa penduduk lelaki Palestin menggunakan penutup logam untuk membakar roti demi kelangsungan hidup selepas Israel menyekat bekalan bahan api, makanan dan ubat yang sepatutnya memasuki wilayah itu. - Foto Reuters
Beberapa penduduk lelaki Palestin menggunakan penutup logam untuk membakar roti demi kelangsungan hidup selepas Israel menyekat bekalan bahan api, makanan dan ubat yang sepatutnya memasuki wilayah itu. - Foto Reuters
A
A
A

GAZA - Penduduk Palestini dilihat membakar roti di tepi jalan di Khan Yunis disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan makanan daripada kedai berikutan ketiadaan gas memasak.

Beberapa penduduk lelaki Palestin menggunakan penutup logam untuk membakar roti demi kelangsungan hidup selepas Israel menyekat bekalan bahan api, makanan dan ubat yang sepatutnya memasuki wilayah itu.

Tentera Israel telah meluaskan serangan udara dan darat ke atas wilayah Gaza pada Jumaat yang terus diserang hebat sejak serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 7,703 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel dan kira-kira 70 peratus kematian Palestin adalah wanita dan kanak-kanak.

Penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta orang sedang menghadapi kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan disebabkan serangan udara besar-besaran Israel dan pengepungan terhadap wilayah tersebut.

Majlis Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menyeru untuk gencatan senjata kemanusiaan segera dengan 120 buah negara menyokong resolusi yang diusulkan oleh Jordan. - Awani

Artikel Berkaitan: