UiTM Lendu mohon maaf video seram tersebar

Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Universiti Teknologi Mara (UiTM).
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka memohon maaf di atas kebimbangan orang ramai berhubung video TikTok kisah seram yang berlaku di UiTM kampus Alor Gajah, Lendu.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka memaklumkan, pihaknya mengambil maklum termasuk tindakan bagi menangani perkara tersebut.

"Pihak pengurusan telah menyiasat kesahihan video berkenaan dan menasihati individu yang terlibat," katanya dalam kenyataan itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan video berkenaan merupakan pengalaman peribadi mereka dan ia tidak mewakili seluruh pelajar di kampus tersebut.

"Kami amat memahami kesan video-video sebegini terhadap kesejahteraan pelajar, perasaan ibu bapa dan reputasi universiti.

"Pihak universiti juga menyediakan khidmat kaunseling dan sokongan kepada pelajar yang terkesan dengan kandungan video itu," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, semua kakitangan residen di kolej kediaman cakna akan perkara tersebut dan sentiasa memantau keselamatan pelajar ketika di kolej.

Artikel Berkaitan: