'Diboikot' warga maya, Syamimia mohon maaf

Syamimia mengakui tidak cakna dengan isu Palestin yang hangat diperkatakan kini dan akan memperbaiki diri.
Syamimia mengakui tidak cakna dengan isu Palestin yang hangat diperkatakan kini dan akan memperbaiki diri.
A
A
A

SETELAH 'diboikot' warga maya dan kehilangan hampir setengah juta pengikut di laman TikTok miliknya, pempengaruh media sosial, Syamimia tampil memohon maaf hari ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan, Syamimia mengakui tidak cakna dengan isu Palestin-Israel yang hangat diperkatakan kini dan akan memperbaiki diri.

“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.

“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.

“Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan,” ujarnya.

Tambah Syamimia, dia bersyukur menerima bimbingan ramai dan mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu yang berlaku kini.

“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.

“Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa,” tulisnya dalam kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Syamimia antara pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai dengan jumlah sekitar 1.3 juta orang, namun selepas isu berkait dirinya tular, dia kehilangan hampir setengah juta pengikut.

Meskipun dia telah tampil membuat permohonan maaf menerusi siaran langsung di TikTok pada minggu lalu, rata-rata pengikutnya tetap bertindak untuk ‘unfollow’ kerana berasakan Syamimia tidak prihatin dengan nasib rakyat di Palestin.

Setakat hari ini, jumlah pengikut di TikTok Syamimia berbaki 863,900 orang, manakala di Instagram 331,000 sahaja.