Bomba perkasakan aspek keselamatan kebakaran

Sandrea (kanan) dan Abdul Wahab (dua dari kiri) memyampaikan sijil pendaftaran Pasukan Bomba Komuniti pada Karnival Keselamatan Kebakaran peringkat JBPM Negeri Perak di Ipoh pada Ahad.
Sandrea (kanan) dan Abdul Wahab (dua dari kiri) memyampaikan sijil pendaftaran Pasukan Bomba Komuniti pada Karnival Keselamatan Kebakaran peringkat JBPM Negeri Perak di Ipoh pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM825,000 bagi memperkasakan kesedaran keselamatan awam.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, usaha itu merupakan inisiatif Belanjawan 2024 di bawah Peruntukan Mengurus menerusi program Community Fire Evacuation Awareness Escape Tent.

"JBPM terus berusaha memperkasakan lagi aspek keselamatan kebakaran melibatkan masyarakat dengan memperkenalkan Fire Learning Hub Centre di balai-balai.

"Ia telah diperhalusi dan dimuktamadkan pada Bengkel Pengislahan Pelan Strategik KPKT 2023-2025, Mac lalu.

"Kementerian mengambil cakna terhadap penglibatan masyarakat terhadap elemen kesedaran keselamatan kebakaran," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Keselamatan Kebakaran peringkat JBPM Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini pada Ahad.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching; Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon dan Pengarah JBPM Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang.

Dalam perkembangan lain, Abdul Wahab berkata, masyarakat diingatkan untuk berwaspada ketika menjalani aktiviti air terutama ancaman kepala air semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) November ini.

"Di Perak terdapat tujuh titik panas kepala air iaitu Sungai Bil, Sungai Dang, Sungai Kampung Ruah Batu 7, Sungai Lata Kijang, Sungai Lata Iskandar, Sungai Ulu Slim dan Sungai Trolak.

Artikel Berkaitan:

"Pesanan ini bertepatan dengan peranan JBPM selaku urusetia Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) di bawah KPKT," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!