Maszlee ingatkan guru besar perlu amanah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan hanya akan memilih guru besar dalam kalangan mereka yang berintegriti dan amanah ke arah memastikan semua bantuan pendidikan yang disalurkan kepada murid termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diurus dengan baik.
Menteri berkenaan, Dr Maszlee Malik berkata ia bagi memastikan mereka yang menyandang jawatan itu melaksanakan tugas dengan baik termasuk dalam soal mengendalikan bantuan berkenaan.
Katanya, bakal-bakal pentadbir sekolah juga diberi pendedahan awal di Institut Aminuddin Baki dalam kursus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NQPEL) berkaitan pengurusan program RMT.
“Ini bagi memastikan latihan yang cukup dan terlatih untuk menguruskan RMT,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat tentang langkah kerajaan dalam memastikan dana RMT kepada sekolah diurus dengan kaedah urus tadbir kewangan yang baik.
Menjawab soalan tambahan Natrah Ismail (PH-Sekijang) mengenai pendirian kementerian dalam soal makanan tidak berkualiti disediakan pengendali makanan di bawah kemudahan RMT, Maszlee berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara berkenaan.
“Kita akan lihat kes satu persatu yang mana pengendali makanan di bawah RMT yang tidak menjaga kualiti akan dikenakan amaran dan jika berulang tindakan tegas akan dilaksanakan,” katanya. - Bernama
Seorang lagi pegawai kanan ATM ditahan
Bekas pengerusi NGO kebajikan didakwa lagi atas 10 pertuduhan
Pengarah syarikat warga Bangladesh didenda RM50,000 guna dokumen palsu
Empat ASP, dua sarjan direman lima hari bantu siasatan kes rasuah
Kes Nur Farah Kartini: Jabatan Peguam Negara tolak representasi lans koperal
Tiga rakan sekerja maut, tidak sempat hadiri kursus di Kuala Lumpur
Tiga maut, tiga lagi cedera nahas tiga kenderaan
Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam kereta
