Terengganu wujudkan kawalan perancangan pembangunan atasi banjir

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mewujudkan kawalan perancangan pembangunan dengan pematuhan kepada Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) sebagai usaha mengatasi risiko banjir di negeri ini pada musim tengkujuh.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya turut membuat rujukan kepada Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir yang telah disiapkan bagi mengawal masalah banjir yang berlaku setiap tahun di Terengganu.

"Bagi kawasan pembangunan yang sering terjejas banjir dan projek-projek tebatan banjir yang masih belum dilaksanakan, kaedah pengkalisan banjir boleh diterapkan dalam perancangan pembangunan baharu di kawasan tersebut.

"Sebagai contoh pembinaan rumah secara bertiang dan pembinaan struktur penghadang banjir (Flood Barrier) bagi premis sedia ada.

"Kita mungkin tidak dapat selesaikan masalah banjir ini secara sepenuhnya, namun sentiasa mencari solusi mengurangkan risiko yang bakal berlaku sehingga menjejaskan ramai penduduk," katanya di Facebook pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menyatakan kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) telah membuat permohonan peruntukan secara berterusan khususnya melalui Rancangan Malaysia Ke-12.

Beliau berkata, pihaknya sedang merancang serta melaksanakan pembinaan sistem saliran dan program-program tebatan banjir bagi seluruh Terengganu.

Artikel Berkaitan: