Konvoi rentas dua negeri, solidariti untuk Gaza

Pelepasan konvoi 40 motosikal bermula di Gelangang Futsal Kampung Tasek, Ipoh.
Pelepasan konvoi 40 motosikal bermula di Gelangang Futsal Kampung Tasek, Ipoh.
A
A
A

IPOH - Seramai 40 ahli Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat menyertai konvoi motosikal merentasi dua negeri, Perak dan Pahang sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Perjalanan sepanjang hampir 150 kilometer pada Sabtu itu membawa bersama bendera Palestin bermula di Ipoh menuju ke Tapah sebelum ke Cameron Highlands dan Simpang Pulai.

Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Muhammad Hamzah Hamdan berkata, himpunan bersama rider anak muda itu sebagai tanda protes terhadap kekejaman melampau Israel yang membunuh kanak-kanak dan orang tua.

Menurutnya, tindakan rejim Zionis yang mengebom bangunan sekolah dan hospital juga adalah satu tindakan di luar batas perikemanusiaan.

Muhammad Hamzah
Muhammad Hamzah

"Walaupun berada jauh dari bumi Palestin dan tidak berupaya membantu dari segi tenaga, namun kami tetap bersemangat menyatakan pendirian dan sokongan kepada rakyat Palestin.

"Bendera Palestin akan kami kibarkan sepanjang konvoi ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Pelepasan konvoi 40 motosikal itu disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar di Gelangang Futsal Kampung Tasek di sini.

Artikel Berkaitan:

Seramai 40 Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat sertai konvoi motosikal sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Seramai 40 Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat sertai konvoi motosikal sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Muhammad Hamzah berkata, sepanjang konvoi itu, mereka turut mengambil peluang mengadakan kutipan dana untuk diserahkan kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin.

"Semoga usaha kami ini sedikit-sebanyak dapat membantu menaikkan semangat perjuangan saudara di sana," katanya.