Rai Hari Pasta Sedunia

Ameer (tiga dari kanan) menyempurnakan sambutan Hari Pasta Sedunia Mydin Campbell di Mydin USJ pada Rabu.
Ameer (tiga dari kanan) menyempurnakan sambutan Hari Pasta Sedunia Mydin Campbell di Mydin USJ pada Rabu.
A
A
A

RANGKAIAN pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) bekerjasama dengan Campbell Soup Asia Tenggara Sdn Bhd (Campbell) mengadakan sambutan Hari Pasta Sedunia pada Rabu.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, sebagai peruncit yang dekat di hati rakyat Malaysia, Mydin peka dengan peningkatan permintaan pilihan hidangan makanan yang pelbagai dan sihat.

Menurutnya, kerjasama tersebut bertujuan mengajak masyarakat berkongsi kegembiraan bersama keluarga dengan menikmati hidangan mengandungi nutrien yang pelbagai.

“Sambutan berskala besar ini diadakan untuk meraikan penggemar pasta yang disokong oleh Campbell yang juga merupakan pengeluar jenama Kimball dan Prego.

“Ini merupakan komitmen jenama ini bagi penyediaan pilihan pasta yang berpatutan dan lazat buat pengguna Malaysia.

“Pasta sememangnya merupakan makanan alternatif yang sihat untuk pengambilan karbohidrat,” katanya pada sambutan Hari Pasta Sedunia di Mydin USJ pada Rabu.

Ameer (kiri) mengedar hidangan pasta sempena sambutan Hari Pasta Sedunia di Mydin USJ pada Rabu.
Ameer (kiri) mengedar hidangan pasta sempena sambutan Hari Pasta Sedunia di Mydin USJ pada Rabu.

Beliau berkata, pelbagai pengisian disusun sepanjang sambutan tersebut bermula 23 Oktober hingga 29 Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami akan menampilkan promosi eksklusif membabitkan produk makanan Kimball dan Prego Pasta di semua cawangan Mydin.

“Penggemar makanan terutama pasta boleh menikmati hidangan lazat dengan hidangan Menu Rahmah eksklusif mempamerkan ayam buttermilk Kimball dan pasta meatball,” katanya.

Katanya, hidangan tersebut boleh didapati di bahagian Ready to Eat di Mydin seluruh negara dengan harga RM2.90 sepanjang tempoh itu (tertakluk kepada ketersediaan stok).

Selain itu katanya, pelanggan juga boleh mengambil bahagian mencipta memori sempena sambutan Hari Pasta Sedunia di Mydin USJ, Subang Jaya melalui promosi eksklusif, pensampelan pasta dan demonstrasi masakan.