Wanita maut selepas jalani pembedahan plastik

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

FRANKFURT - Seorang doktor di Jerman disiasat kerana melakukan pembedahan plastik solo yang membawa kepada kematian seorang wanita awal bulan ini.

Menurut pendakwa, anestetik yang digunakan semasa pembedahan menyebabkan jantung pesakit terhenti.

"Pesakit berjaya disedarkan semula namun mengalami kecederaan otak yang serius. Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia 13 Disember lalu," katanya.

Pendakwa berkata, pakar sakit puan berusia 57 tahun itu menjalankan pembedahan seorang diri dan tanpa pengawasan yang betul.

Suspek disiasat kerana disyaki melakukan pembunuhan akibat lalai. - Agensi

Artikel Berkaitan: