Guru wanita rakam video lucah dengan murid 15 tahun ditahan

Desiree Cartin Rodriguez kini dipecat daripada mengajar di Akademi Sekolah Persediaan Doral
Desiree Cartin Rodriguez kini dipecat daripada mengajar di Akademi Sekolah Persediaan Doral
A
A
A

FLORIDA - Seorang guru wanita yang telah berkahwin kini ditahan polis atas dakwaan membuat rakaman video lucah bersama seorang muridnya yang berumur 15 tahun.

Suspek, Desiree Cartin Rodriguez, 27, tidak mengetahui wujudnya undang-undang melarang perbuatan tersebut dan memberitahu pihak polis bahawa tidak kisah direkod kerana telah dilamun cinta bersama remaja berkenaan.

Cartin Rodriguez yang merupakan seorang guru bahasa Inggeris itu kini direman bagi membantu siasatan.

Dia juga telah dipecat dan tidak lagi mengajar di Akademi Sekolah Persediaan Doral, lapor Daily Star yang memetik sumber.

Menurut Jurucakap polis Doral, Rey Valdes berkata, aksi tidak bermoral bersama muridnya itu berlaku di dalam bilik darjah selepas berakhirnya waktu persekolahan sebelum ianya berlanjutan ke tempat lain.

"Video itu diambil oleh remaja tersebut dan ianya bukanlah disorok kerana cikgu tu sedar ada video yang telah direkodkan dan mereka akan bersama selepas sekolah.

"Hubungan terlarang mereka itu dikatakan berputik sejak Ogos lalu dan mereka juga turut melakukan aksi yang sama di dalam kereta," katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah tersebut dalam satu kenyataannya memaklumkan pihaknya kecewa dengan kelakuan Cartin Rodriguez yang sedikit sebanyak telah mencalarkan imej sekolah.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai pengajaran, kami mengambil keputusan berdasarkan undang-undang dan perbincangan bahawa kami membuang cikgu tersebut daripada sekolah ini," katanya.