Hukuman penjara bekas Presiden Panama kekal

Martinelli
Martinelli
A
A
A

BANDARAYA MEXICO -- Mahkamah Agung Panama mengesahkan sabitan terhadap bekas presiden Ricardo Martinelli yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun lapan bulan kerana kes pengubahan wang haram.

Selain itu, mahkamah berkenaan turut mengesahkan denda tambahan sebanyak AS$19.2 juta, serta hukuman terhadap banduan lain yang mempunyai kaitan dengan kes New Business, lapor akhbar La Estrella de Panama.

Pada 17 Julai, Martinelli yang kini menjadi calon presiden parti Realizando Metas (Realising Goals), didapati bersalah atas pembelian tiga akhbar utama Panama dengan menggunakan dana awam pada 2010.

Menurut keputusan mahkamah, saham dan semua aset syarikat terbabit akan dirampas, lapor Sputnik.

Martinelli juga akan dibicarakan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram, melibatkan Odebrecht S.A iaitu sebuah konglomerat pembinaan global yang berpangkalan di Brazil. - Bernama

Artikel Berkaitan: