Polis Pahang lupus dadah lebih RM4.4 juta

Yahaya menunjukkan antara dadah dirampas yang akan dilupuskan di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal di Bukit Pelanduk, Melaka pada Khamis.
Yahaya menunjukkan antara dadah dirampas yang akan dilupuskan di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal di Bukit Pelanduk, Melaka pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM4.4 juta yang dirampas sejak 2008 hingga tahun ini.

Barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang itu akan dilupuskan kontraktor bertauliah di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal di Bukit Pelanduk, Melaka pada Khamis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, barang kes yang dimusnahkan itu termasuk 12 jenis dadah termasuk methamphetamine 6.1 kilogram (kg), heroin (707.55 gram), ganja (1.37 kg), ketamin (36.14 gram), nimetazepam (3.6 gram) yaba (210.32 gram), estasy (8.03 gram) dan pil psikotropik (4.8 gram).

Yahaya menunjukkan sebahagian dadah bernilai lebih RM4.4 juta yang dirampas sejak 2008.
Yahaya menunjukkan sebahagian dadah bernilai lebih RM4.4 juta yang dirampas sejak 2008.

Menurutnya, turut dilupuskan daun ketum (393 kg), air ketum (5,853 liter) dan lain-lain dadah termasuk mannitol, methylenedioxymethamphetamine dan etizolam (15.49 liter dan 6,501 gram).

"Rampasan dadah ini dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah bagi kes-kes yang selesai dan tempoh rayuan hukuman terhadap pesalah telah tamat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelupusan barang kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Rabu.

Yahaya (depan, tengah) memasukkan dadah yang akan dilupuskan.
Yahaya (depan, tengah) memasukkan dadah yang akan dilupuskan.

Artikel Berkaitan:

Yahaya berkata, JSJN Pahang juga telah membuat 970 tangkapan dengan 876 kes melibatkan dadah di negeri ini bagi tempoh 1 hingga 23 Oktober ini.

"Sebanyak 615 operasi dijalankan bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini," katanya.