Mayat wanita ditemui terapung

Mayat seorang wanita yang ditemui terapung dalam sebuah kolam berhampiran kawasan Pokok Machang pada Isnin.
Mayat seorang wanita yang ditemui terapung dalam sebuah kolam berhampiran kawasan Pokok Machang pada Isnin.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Mayat seorang wanita ditemui terapung dalam sebuah kolam berhampiran kawasan Pokok Machang dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, mayat terbabit yang tidak dapat dikenalpasti identitinya ditemui seorang lelaki kira-kira jam 6.50 petang sebelum perkara itu dilaporkan kepada Balai Polis Tasek Gelugor.

Menurutnya, pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah SPU bersama pasukan forensik dan unit foto bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Saksi yang menjumpai mayat tersebut pada mulanya menyangka ia bangai haiwan dalam keadaan tertiarap namun apabila mendekati rupanya ia adalah tubuh manusia.

"Mayat terbabit dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya bagi tujuan bedah siasat dan mengetahui punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Asri berkata, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara mendapatkan keputusan bedah siasat daripada Jabatan Forensik.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini agar terus berhubung dengan pegawai penyiasat Asistan Superintenden Winston Anak Raip di talian 04-5762222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis terdekat.

Artikel Berkaitan: