Harap syarat pengeluaran Akaun 3 tidak terlalu ketat

Langkah kerajaan untuk terus memberi peluang kepada pencarum menggunakan kemudahan pengeluaran KWSP wajar disokong. - Gambar hiasan
Langkah kerajaan untuk terus memberi peluang kepada pencarum menggunakan kemudahan pengeluaran KWSP wajar disokong. - Gambar hiasan
A
A
A

LANGKAH kerajaan untuk mewujudkan kemudahan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai tahun depan, adalah wajar.

Akaun Fleksibel ini akan menggantikan pelaksanaan pengeluaran bersasar KWSP dan fungsinya masih boleh dianggap sama.

Ia boleh diakses oleh semua ahli pada bila-bila masa khususnya ketika kecemasan tanpa mengira mereka daripada kumpulan B40, M40 mahupun T20.

Pengeluaran bersasar KWSP sebelum ini membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM145.5 bilion iaitu melibatkan kemudahan pengeluaran i-Lestari sebanyak RM20.8 bilion, i-Citra (RM21.4 bilion), i-Sinar (RM58.7 bilion) dan Pengeluaran Khas (RM44.6 bilion).

Pengumuman Akaun Fleksibel dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Beliau mengumumkan bahawa Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahlinya pada bila-bila masa dan akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasakan simpanan persaraan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mekanisme dan peratus dana yang akan dimasukkan dalam Akaun Fleksibel masih belum diputuskan.

Ketika ini pencarum KWSP mempunyai Akaun 1 dan Akaun 2. Akaun 2 dibenarkan untuk pengeluaran atas beberapa syarat seperti untuk pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama, pembiayaan pendidikan, tampung kos perubatan dan untuk menunaikan haji.

Artikel Berkaitan:

Atas syarat yang ketat ini, pencarum tidak boleh membuat pengeluaran lain walaupun untuk tujuan kecemasan.

Justeru, langkah kerajaan untuk terus memberi peluang kepada pencarum menggunakan kemudahan pengeluaran KWSP wajar disokong.

Walaupun cara dan mekanismenya mungkin berbeza daripada pengeluaran sebelum ini, sekurang-kurangnya pencarum tidak perlu mencari alternatif lain seperti pinjaman peribadi bank, atau terperangkap dengan pinjaman along.

OIeh kerana tujuan akaun ini diwujudkan untuk membantu pengeluaran ketika kecemasan, pencarum juga berharap agar syarat yang dikenakan untuk pengeluaran Akaun Fleksibel ini tidaklah terlalu ketat atau ‘memenatkan’.

Bahkan, kerajaan juga diharapkan dapat membuat keputusan tepat dalam menentukan peratusan dana yang akan dimasukkan dalam Akaun Fleksibel ini kelak.