Bekas pengarah bersekutu Lapangan Terbang Changi didakwa rasuah

No Image Caption
A
A
A

SINGAPURA - Bekas pengarah bersekutu Lapangan Terbang Antarabangsa Changi hari ini didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah berjumlah 215,237 dolar Singapura (RM657,426) bagi membantu kontrak syarikat tanah dengan lapangan terbang tersebut.

James Lim Liong Ghee, 45, juga merupakan bekas Pengurus Teknologi Maklumat di Dymon Asia Capital Singapura.

Menurut Biro Penyiasatan Amalan Rasuah (CPIB), wang yang diterima Liong Ghee adalah ganjaran kerana membantu kepentingan perniagaan First Tel Tech dengan Dymon dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Tertuduh didakwa dengan 98 pertuduhan rasuah tunai.

Selain itu, dia juga didakwa bersubahat dengan pengarah di First Tel Tech, Ng Soon Weng dan seorang lagi individu kerana memalsukan lima soalan untuk menipu lapangan terbang terbabit dalam pemberian kontrak kepada First Tel Tech.

Untuk kesalahan itu, Soon Weng dan Liong Ghee boleh didenda sehingga 100,000 dolar Singapura (RM305,458) atau hukuman penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah. - Agensi

Artikel Berkaitan: