Abdul Hadi kekal Presiden Pas

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.

Turut mengekalkan jawatan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menang tanpa bertanding.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas Datuk Dr Abdul Halim Tamuri pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 yang berlangsung di sini hari ini.

Abdul Hadi, 76, menduduki kerusi Presiden Pas sejak dipilih memangku jawatan itu pada 2003 sebelum disahkan ke jawatan berkenaan dalam muktamar pada 2005.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menduduki senarai teratas daripada 18 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dengan memperoleh undi tertinggi sebanyak 1,098.

Ketua Pemuda Pas bagi penggal lepas, Ahmad Fadhli Shaari pula menjadi muka baharu dipilih ke jawatan tersebut dengan mendapat undi kedua tertinggi sebanyak 1,042.

Berikut ialah senarai penuh AJK PAS Pusat bagi sesi 2023-2025:

1. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Artikel Berkaitan:

2. Ahmad Fadhli Shaari

3. Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

4. Dr Azman Ibrahim

5. Dr Halimah Ali

6. Khairil Nizam Khirudin

7. Datuk Ahmad Marzuk Shaary

8. Datuk Siti Zailah Mohd Yusof

9. Datuk Awang Hashim

10. Dr Riduan Mohamad Nor

11. Datuk Ahmad Amzad Hashim @ Mohammad

12. Datuk Mohd Nassuruddin Daud

13. Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan

14. Kamaruzaman Mohamad

15. Dr Najihatussalehah Ahmad

16. Misbahul Munir Masduki

17. Datuk Iskandar Abdul Samad

18. Dr Rosni Adam

- Bernama.