13 rumah terjejas banjir kilat di Bandar Baharu

Anggota APM melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di daerah Bandar Baharu bagi memastikan tahap keselamatan penduduk terjamin. - Foto APM
Anggota APM melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di daerah Bandar Baharu bagi memastikan tahap keselamatan penduduk terjamin. - Foto APM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 13 rumah di tiga kampung dekat Bandar Baharu dilanda banjir kilat membabitkan Mukim Selama dan Mukim Sungai Batu, setelah hujan lebat melebihi dua jam pada Sabtu.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, air yang mula naik kira-kira jam 8 malam menyebabkan Kampung Sungai Tengas (Mukim Selama), Kampung Jermai dan Kampung Banggol Durian (Mukim Sungai Batu) terjejas.

Menurutnya, situasi paras air menunjukkan kadar menaik berikutan keadaan cuaca masih hujan.

"Hasil pemantauan mendapati paras air di Sungai Terunsing Mukim Selama menunjukkan peningkatan.

Setakat ini tiada mangsa dipindahkan dan tiada PPS dibuka di daerah itu. - Foto APM
Setakat ini tiada mangsa dipindahkan dan tiada PPS dibuka di daerah itu. - Foto APM

"Berikutan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bandar Baharu dalam keadaan berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan penduduk sekiranya air sungai terus melimpah di kawasan berisiko rendah," katanya.

Tambah beliau, setakat ini tiada mangsa dipindahkan dari kediaman mereka dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu.

Beliau berkata, anggotanya juga akan melakukan pemantauan berkala di kesemua kawasan di lokasi yang berisiko dinaiki air dan sungai di daerah ini.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan atau sebaliknya.

"Orang ramai juga diminta berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian," katanya.